Tuesday, September 2, 2014

Testimoni Collagen Powder Shaklee : Tampil Menawan Dan Anggun

Assalammualaikum...bismillahhirrahmanirrahim...

Apa khabar semua pembaca ? Diharapkan semua sihat sejahtera dan bahagia disamping yang tersayang. Moga indah indah sahaja hari yang dilalui. 

Harini saya nak kongsikan dengan anda semua beberapa TESTIMONI pelanggan shaklee yang mengamalkan COLLAGEN POWDER. Collagen ini berbentuk serbuk. Satu kotak ada 15 stick.

Bagi sesiapa yang sudah mencuba pelbagai produk tetapi hasilnya masih kurang memuaskan.. Mungkin harini anda boleh mencuba Collagen Powder pula. Mana tahu ianya serasi dengan diri anda, dah terpaksa repeat order. Kebiasaannya bagi pengguna tegar Collagen Powder ini memang sekaku repeat order sebab ianya memberikan kesan yang sangat memuaskan hati.

Harga berpatutan. Selari dengan kesan yang bakal anda dapat. Kata orang...berbaloi baloi. 

Anda boleh LIKE entry ini JIKA BERMANFAAT. Moga Allah redha.


Jom kita lihat beberapa TESTIMONI


TESTIMONI : 1


Kesan makan Collagen.. kulit semakin lembut..makin cerah.. kesan calar calar dan sunburn pun dah hilang.. 


TESTIMONI : 2


Kesan jeragat dimuka sudah semakin pudar. Suami puji tu ~ bertambah tambah lah sayang nye. hihi


TESTIMONI : 3



Woooww amazingg...tapak tangan yang dahulunya kering kini tidak lagi~ Lembut dah tangan..memang suami pegang tak lepas.. hihi


TESTIMONI : 4


Cepat memberi kesan.. selama 3 hari sudah nampakkan perubahan.. kulit makin lembut..kesan jerawat pun makin pudar.. Best kan ?


TESTIMONI : 5


Emakku dah gila Collagen!!! ops.. hihi... kini tiada lagi eyebag..tiada pigmentasi..badan pun tak cepat penat..


TESTIMONI : 6


Ini semua collagen punya pasal... 5 hari je kulit dah terasa semakin licin.. wah wah..lelaki pun boleh amalkan taw ~


TESTIMONI : 7


Sudah dua kotak...kulit semakin cerah..lembab..tumit kaki pun semakin licin..


Haa macam mana rasa selepas lihat TESTIMONI pengguna tegar Collagen Powder ni ? Ada rasa tercabar tak melihat wajah wajah mereka yang semakin flawless ni. hihi. Saya yang menaip pun turut sama kagum dan syukur dengan perubahan pada diri mereka.

Alhamdulillah..ini semua asbab.. atas izin Allah.

Anda ingin mencuba ? Atau nak hadiahkan pada insan tersayang ?

Boleh hubungi saya untuk lanjut 

Oh ya, bulan ni ada PROMOSI COLLAGEN POWDER ni. Jom dapatkan dengan lebih penjimatan. Anda suka berjimat ?


*********

PROMOSI SEPTEMBER 2014!!

SHAKLEE COLLAGEN POWDER BUY 6 FREE 1

(JIMAT LEBIH RM800+)

* PERCUMA KEAHLIAN *

* PERCUMA POSTAGE *

*  PERCUMA 1 KOTAK COLLAGEN POWDER*

* HARGA AHLI *

* CASH BONUS *

Promosi sah sehingga 30 September 2014 

SAHAJA.

Cepat-cepat dapatkannya !!!!

*Tertakluk pada terma dan syarat*

Assalammualaikum.




EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 
Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD

*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Thursday, August 7, 2014

Tutorial : Reka Bentuk Hantaran Untuk Majlis Bertunang / Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum Wbt :)

Sejak kebelakangan ini, banyak dapat kad jemputan perkahwinan. Nak hujung-hujung tahun ini ramai yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga termasuk lah saya cumanya saya punya Majlis tidak dapat dikenalpasti lagi akan berlangsung pada Tahun bila sebabnya masih lagi mencari Mr. Right. Mukadimah yang macam menaikkan saham sendiri. Okbai.

Disebabkan itu saya terpanggil untuk berkongsi pada semua yang bakal bertunang, berkahwen atau yang ada saudara mara yang ingin melangsungkan majlis tentang beberapa idea reka bentuk hantaran. Hantaran ni kalau kita tempah kat kedai, tempah siap.. harganya jauh lebih mahal daripada buat sendiri dan kadangkala sangatlah tidak berbaloi. 

Lima bekas hantaran siap ( tanpa barang hantaran ) sahaja sudah mencecah Rm750. Haa cuba kalau nak bagi 15 hantaran.. dan cecah beribu. Sangat membazir disitu. Jadi, untuk ambil langkah penjimatan bolehlah reka bentuk hantaran itu sendiri.

***************
Anggaran bahan untuk 13 hantaran ( Harga semasa  2013-2014)
Keseluruhan : RM 600-700
Tempat membeli : Jalan Kuala Kangsar, Ipoh Perak ( Disini barang-barang jauh lebih murah dari Nilai 3 )

Bekas hantaran : 13 = Rm 5-6 setiap satu ( harga ni je yang ingat )
Manik manik dikeliling bekas, Renda, Alas hantaran, Form, Hot glue gam, Kain jarang, Bunga - bunga untuk hias dikeliling hantaran.

****************

Kos dan barang di atas saya gunakan untuk menghias bekas hantaran - hantaran dibawah. Masa ni, reka bentuk ni paling menarik sekali yang boleh buat. Menarik tak menarik mengikut mood dan tahap kreativiti pada ketika itu ;p

Tutorial 1 : CARA MEREKA BENTUK HANTARAN


Gambar yang dah siap je yang ada. Gambar sebelum siap tiada. 
Saya guna form yang petak ye ketika ni.

Langkah 1 : Ambil form, Ambil kain jarang warna biru (beli ikot tema, tema kali ni warna biru)
dan balutkan form tersebut. Kalau kain tu terlalu jarang, boleh double kan untuk lebih menyerlah.

Kain Jarang : 2 Meter cukup untuk 6 form ( saya doublekan kain ni sebab nipis )

Langkah 2 :  Ambil renda dan balut disekeliling form

TIPS : Kalau kain yang membalut form tu warna cerah, pilih renda warna pekat sedikit. begitu juga sebaliknya.


Langkah 3 : Ambil satu bunga besar (warna putih) dan dua bunga kecil sedikit saiznya ( warna biru ) dan ikat bersama. Letak bunga besar di tengah. 

Langkah 4 : Ambil reben dan buatkan bentuk 'V' seperti gambar diatas.Ambil dua warna. Jika renda anda adalah polka dot atau bercorak.. adalah dicadangkan mengambil reben yang tidak bercorak supaya tampak lebih kemas dan tidak serabut.

TIPS : Biru sesuai digabungkan dengan warna putih.. nampak sweet, warna pink pon boleh.. untuk lebih nampak gadis gadis..


Langkah 5 : Dah nak siap baru letak bekas hantaran. Manik manik ( pink ungu ) tu lilitkan sahaja disekeliling bekas hantaran putih tu. Boleh letak gam sikit sikit. Jangan banyak. Nanti nampak selekeh.

TIPS : Jika tema warna biru, digalakkan ambil salah satu warna kontra untuk mencantikkan lagi hantaran. Jadi, tiadalah semuaaaa biru. 


Tadaaaaaa ~ Hasilnya. Ramai kata hantaran kali ini namak 'sweet'. Disebabkan saya yang membuatnya. Tak jumpa pula dia mana 'sweet' nya. 


Siap ! Hanya tinggal nak letak barang / makanan diatas sahaja. Lepas tu boleh lah bawa gi meminang. hekhek

Semoga Tutorial ini bermanfaat. Selamat Mencubaaa :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan diruang komen.


*****************

CONTOH HANTARAN 


Hantaran pihak kami. Design hantaran ni sama seperti tutorial di atas cuma pemilihan warna ini adalah ungu dan putih putih pink. 

Masa ni pihak kami bagi  kain baju untuk nikah, wajik, manisan.. dalam bakul tu.. betik yang telah diukir jadi bunga. boleh makan. Ape entah namanya.

TIPS : Nak nampak lebih kemas, barang hantaran juga boleh dibalut dahulu dengan kain putih jarang. Jangan beli kain yang tebal..nanti tak nampak pula barang hantaran nye.


Ini hantaran dua dua belah pihak. Pihak kami yang sebelah kiri. Yang sana ungu, kami pun ungu. Ungu juga boleh digabungkan dengan pink. Pink cerah.


Tepak sireh wajib tu. Baru nampak tradisionalnye

***************

Gambar Tambahan : KETIKA MAJLIS BERTUNANG


Haa nampak tak betapa sibuk nya saya ketika itu. Calling sana sini, sebab ada family yang lambat. Memang kalau jalan ramai-ramai kena ada seorang yang tegas + laser sikit supaya yang lambat akan segera bertindak. Haaa cerita ni aku leteww. 

Terlihat sahaja gambar ini, maka terjawab lah persoalan di minda anda bahawasanya ini bukan gambar hantaran bertunang saya. Sebab tahu dah.. waktu mula baca mesti bermain diminda ni hantaran siapa.Kihkihkih. 



Daripada orang tanya, baik saya cerita dulu. Haa ni masa bulan September 2013. Setahun berlalu dah gambar ni. Itu sebab masih ada banner MERDEKA.  

Masa ni dah separuh September tapi bendera banner MERDEKA masih gah tergantung. Patriotik sangatt keluarga saya ni. Hakhak. Okay sebenarnya masuk pertandingan rumah Patriotik..tu sebab beria menghias. Semua banner design sendiri. Masa ni JOB memang banyak lah..sebab semua menempah banner untuk masuk tanding. 


Masa ni nak tunjukkan sifat kepimpinan. Gituhh.. Kerah yang muda muda bawa hantaran. Yang tua tak payah kerah..memang serah diri. 


Jejaka jejaka Malaya. Ni memang kena paksa bawa. Tapi rasanya mereka pon dengan pasrahnya merelakan hati.. 

Kalau perasan, bekas hantaran tu rendah kan. Jadi boleh letak diatas apa apa bekas supaya tinggi. Taknak pon takpe. Masa ni exsaited tu beria sikit.

****************

Tutorial 2 : CARA MEREKA BENTUK BAKUL HANTARAN

Ada sesetengah orang mungkin tidak suka nak guna bekas hantaran seperti diatas. Mungkin lebih berminat nak guna bakul kan ? Sebab bakul pon cantik juga. Ada nilai estetik yang tersendiri dan lagi mudah ada tangkai. 


Ini juga gambar dah siap. Sebelum siap tak sempat nak ambil gambar satu satu. 

Langkah 1 : Pergi bank, keluarkan duit, pergi kedai beli bakul, beli kain jarang, beli riben dan bunga. 

Langkah 2 : Kain jarang (biru) disekeliling raga tu.. lipat sedikit seperti gambar dan gam sedikit di sekeliling raga. Mudah kan ?

Langkah 3 : Ambil dua reben warna biru dan putih ( ikut tema masing-masing ) dan lilitkan pada tangkai bakul. Selang seli kan warna. Mula mula lilit yang biru tapi jarak jarakkan sedikit. Selepas itu baru lilit yang putih


Langkah 4 : Ambil bunga dan hiaskan disebelah kanan atau kiri. Hias sebelah je. Kalau hias dua dua belah takut nampak serabut.


Akhirnyaa..letak lah barang hantaran anda. Ini salah satu barang hantaran. hahah

Nak cerita sikit. Kucing ni suka bergaya. Suka menjilat badan ( Kucing bila dia jilat badan, tu maknanya dia sedang ber makeup atau mandikan diri ) Betina. ( Kalau dia ni manusia.. dia ni jenis yang suka makeup, suka bergaya, suka benda benda high class ) Suka menggatal pon ye jugak dia ni. 

Dulu dia suka tidur atas katil. Memang high class. Dia tak tidur kat lantai lantai ni. Nak suruh tido atas lantai kena ada karpet. Nak dudur luar jauh sekali. Usik lah macam mana pon dia tak kan bangun selagi dia rasa dia tak perlu bangun Jadi disebabkan di betina yang suka kan kecantikan. Setiap hari bakul ni menjadi tempat dia tidur baru dia. Tak payah disuruh, dia masuk sendiri dengan rela. 

Bakul ni dalam bilik taw. Jadi kalau bilik ni bertutup, dia akan me -ngiau- untuk suruh kita buka kan pintu. Haa comel kan perangai dia ni ? bantal sendiri dia ada, kalau selimutkan dia..lagi lah dia suka. Seriously annoying tapi best. Hahah

Jadi, apa lagi ? HADIAHKAN SEEKOR KUCING COMEL GEBU PADA INSAN TERSAYANG. gituhhhhh. 

****************

Sekian saja sedikit tutorial dan perkongsian saya pada kali ni. Semoga berjumpa di lain cerita. 
Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi idea pada sesiapa yang sedang ingin mereka bentuk hantaran

Moga Allah redha. 

Assalammualaikum.





EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 



Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD



*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Tutorial : Cara Letak Button Like Facebook Di Blog

Assalammualaikum wbt semua :)

Harini saya ingin berkongsi satu tutorial yang boleh digunakan untuk blogger diluar sana sebagai panduan untuk letak button like Facebook di blog. Sejak jadi blogger ni, banyak perkara yang kena belajar. Mungkin ramai yang tahu dan ada yang tidak tahu cara nak letakkan button like. Jadi, saya kongsikan untuk panduan semua. Moga bermanfaat.

Button 'like' dalam blog secara tidak langsung boleh memberikan gambaran secara kasar samaada pengunjung menyukai entry anda yang ada di blog. Selain daripada itu, sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan traffik blog anda ^^

*****
 Cara-Cara untuk meletakkan button 'like' Facebook

1. LOGIN akaun blogger seperti biasa.

2. Dari DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > Expand widget templete.

2. BACKUP templete sebagai langkah berjaga-jaga. Copy ad Paste semua kod sedia ada di tempat lain sebagai langkah berjaga jaga.

3. Gunakan fungsi 'mencari' ( ctrl + F ) secara serentak, untuk mencari kod dibawah. Saya namakan ia KOD1

<data:post.body/>

4. Selepas itu, 'copy' kod dibawah ini (KOD2)  dan 'paste' di bawah kod di atas tadi.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Nota : Setiap blog berbeza, ada sesetengah blog ada dua KOD1 .. ada setengah macam saya ada tiga. Jadi, 'paste' kan KOD2 dibawah setiap KOD1

Contoh : Saya ada 3 KOD 1 dan saya 'paste' KOD 2 dibawah setiap KOD 1
*klik gambar untuk besarkan*




5. Akhirnya, SAVE dan VIEW blog anda. 

Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh tinggalkan sebarang komen di bawah. Selamat Mencuba :)



EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan berbisnes. 



Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD



*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Tuesday, August 5, 2014

Masalah Cyst dan Kitaran Haid

Assalammualaikum wbt :)

Alhamdulillah akhirnya terbuka juga pintu hati untuk update blog setelah sekian lama meninggalkannya. Heheh. Harini saya nak kongsikan serba sedikit testimoni tentang Cyst dan Masalah Period

Apa itu Cyst ?

Cyst atau Ovarian cyst merujuk kepada kantung yang berisi lendir atau air yang berada dalam kilang telur ovari. Ianya boleh jadi dalam bentuk seperti air atau cecair pekat.

Cyst kerap terjadi dikalangan wanita muda dan kebanyakkan daripada meraka tidak menyedari kewujudannya kerana ia jarang memberikan sebarang petanda. Kehadiran Cyst menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkait rapat dengan masalah kesuburan.

Cyst sebenarnya lebih berkait rapat dengan proses reproduksi wanita. Cyst ini boleh membesar dari semasa ke semasa jika pesakit tidak mengambil langkah untuk merawat.


Gambar 1 : Perbezaan Ovari Normal dan Ovari Yang Mempunyai Cyst


Apakah Simptom atau Gejala Cyst ?

Secara umumnya, jika Cyst masih kecil ia tidak memberikan sebarang gejala atau simptom yang membuatkan kita rasa berbeza atau sakit. Tetapi ada juga yang menyedari perbezaan walaupun Cyst itu masih mengecil. Tetapi sekiranya ia terlalu besar, mungkin perut akan sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut. Selain itu ia boleh dikesan melalui gejala - gejala di bawah :

* Muntah dan Loya
* Sakit Perut ( Kawan saya dapat tahu beliau mempunyai Cyst setelah sakit perut yang terlalu kerap )
* Sukar atau kerap kencing
* Rasa perut penuh dan tidak selesa
* Rasa berat pada ari - ari ( Jika anda mempunyai Cyst, anda mungkin akan rasa berat pada ari-ari dan  bertambah berat sekiranya anda mempunyai masalah kitaran haid yang tidak teratur )


Bagaimana untuk Merawat Cyst ?


Rawatan yang dicadangkan bergantung kepada jenis Cyst yang dialami oleh seseorang individu. Jika anda merujuk pada Doktor, selalunya Dr akan memantau sama ada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.

Sama seperti kes kawan saya, Doktor hanya memantau sama ada Cyst semakin mengecil atau membesar. Bagi yang mempunyai masalah Cyst yang serius, pembedahan adalah salah satu cara yang akan dicadangkan dan kos untuk pembedahan sangatlah mahal.

Bagaimana Cara Mengawal Cyst Dengan Harga Paling Murah ?

Orang kata benda mahal kadangkala bukanlah yang terbaik dan benda yang murah tidak semestinya tidak elok. Betul tak ? Sebagai salah satu langkah untuk mengecilkan Cyst, anda boleh mencuba mengambil suplemen semulajadi GLA COMPLEX yang efektif membantu mengawal masalah  ketidakseimbangan hormon.


TESTIMONI

Testimoni berjaya ini saya dapat daripada salah seorang kawan baik saya yang ada Cyst sebelum mendirikan rumahtangga lagi tapi baru dikesan selepas berkahwin. Beliau mempunyai dua masalah iaitu kitaran haid yang tidak teratur dan masalah Cyst. Bagaimana GLA COMPLEX membantu menyelesaikan kedua masalah ini ?

Semestinya dengan cara pengambilan yang betul. Oleh sebab itu, kita kena membeli dengan Distributor yang bertanggungjawab menjaga dan monitor setiap pengambilan vitamin anda. ^^

GLA COMPLEX membantu membetulkan kitaran haid

Pada asalnya kawan saya mengambil GLA Complex untuk membetulkan masalah period yang tidak teratur. Beliau mengalami masalah kitaran haid ini sejak bujang lagi. Alhamdulillah setelah mengamalkan GLA selama sebulan, kitaran haid beliau sudah teratur seperti dahulu.

Kenapa kitaran haid penting untuk wanita ? Boleh baca DISINI


Testimoni kawan saya yang ada masalah kitaran haid.

GLA COMPLEX membantu mengecilkan Cyst

Selepas masalah haid selesai, Dr sahkan beliau mempunyai Cyst. Walaupun tak berapa besar tetapi sebagai langkah berjaga jaga, beliau meneruskan pengambilan GLA COMPLEX ni kerana Cyst boleh membesar dari semasa ke semasa tanpa dapat kita kawal.

Setiap dua minggu saya akan bertanya tentang perubahan beliau, dan Alhamdulillah semalam beliau beritahu saya bahawa Doktor telah sahkan yang Cyst dia disahkan tiada. Dapat je tahu berita tu saya pulak yang rasa seronok. Yelah, kawan baik saya kan..Saya bersyukur sebab mampu bantu dia menyelesaikan dua masalah yang dia hadapi.

Dan Alhamdulillah sekali lagi. Beliau mungkin disahkan hamil.. Syukur Alhamdulillah. Dah lama kawan saya tu menanti untuk dapat babyy.. Yeayyy !!


Masa ni kawan saya baru dapat tahu dia ade Cyst

Selepas sebulan ambil GLA Complex !! Cyst dah mengecut

Selepas dua bulan ambil GLA COMPLEX. Cyst dah tak de ! Alhamdulillah 

Apa pon, semua ni asbab sahaja. Yang selebihnya adalah pertolongan dan atas izin Allah swt. Kita usaha je, Yang lain serahkan padaNya.

Saya doakan anda semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat.




EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 

Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD


*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

Wednesday, April 30, 2014

Mencantikkan Wajah Bersama SHAKLEE

Assalammualaikum wbt,



Hai semua.. Yang bekerja masing-masing mesti sedang berlenak lenak menghayati 'Hari Buruh'. Selamat bercuti lah sebab dah lama berkerja kan. Harini hari meraikan semua pekerja. Jadi rebutlah peluang cuti yang tidak selalu datang ini dengan melakukan perkara yang berfaedah. Bagi yang berkeluarga mungkin ini peluang untuk anda meluangkan masa bersama isteri serta anak-anak. Bagi yang solo dan pelajar macam saya, marilah bersama - sama menyiapkan segala tugasan yang tertangguh itu. 

Permulaan harini, saya nak kongsikan sedikit tentang Set Kecantikan SHAKLEE, sebelum ini saya dah kongsikan DISINI. Itu yang asas sahaja, mari kita lihat yang set penuh pula. Siapa yang nak cantik angkat tangaaannn ? Okay, sememangnya manusia terutaman perempuan suka akan kecantikan. 

Alhamdulillah, muka saya bukan jenis yang berjerawat tetapi senang naik parut. Tak tahu pasai apaa. Mudah sangat, kadang-kadang macam tak bersebab pulak parut naik. Ada juga sesetengah yang mudah berjerawat. Pantang stress je naik jerawat. Dari pemerhatian saya, perempuan yang jenis muka berjerawat ni, mereka sangat menjaga. Kalau satu jerawat naik memang kecah kecoh habis. Elok lah, muka sendiri, sendiri jaga. 




Kita kena ingat juga, kita adalah apa yang kita makan. Kadang kala atas faktor makanan pon jerawat boleh naik. Makan berminyak sangat juga tak boleh. Air mesti cukup untuk mengelakkan kekurangan air. Satu liter bersamaan 25 kg. Jika berat anda 50 kg, sehari anda wajib minum air sekurangnya 2 liter. Air masak atau air putih juga memainkan peranan penting. Orang kata, kalau nak awet muda minum Teh hijau pon boleh. Teh hijau tanpa gula, sememangnya baik untuk kesihatan. Bukan itu sahaja. Siap boleh membantu meningkatkan metabolisma lagi. Boleh kurus. 

Mari lihat apa yang SHAKLEE boleh membantu


Click untuk bacaan lebih besar.

HARGA ?

Okay, pasti ramai nak tahu harga satu set ni kan? Kadang kala buka taknak ambil suplemen, mungkin ada sesetengah yang kurang mampu. Lagi lagi pelajar. Tapi jangan risau, anda bagitahu bajet anda. Kita boleh buat kira-kira. Boleh direct hubungi saya.

Untuk pengetahuan, Mulai MAC kami sebagai pengedar menjual dengan 'RETAIL PRICE', Jika kami menjual dengan Harga Ahli, Keahlian akan ditarik. Ini amanah. InsyaAllah saya akan jaga amanah ini sebaiknya. Anda beli pada sesiapa pon, harga tetap sama.

Cuma yang bezanya, Adakah anda beli dengan orang yang betul ? Pastikan akan membeli dan anda dapat hak anda sebagai pembeli. InsyaAllah saya boleh guide anda cara pemakanan yang betul.


TESTIMONI

Testimoni Sendiri : Saya hanya mengambil ESP dan Vitamin E sahaja. Sebab Vitamin E juga membantuntuk menghilangkan parut. Dan YES YES ! Alhamdulillah parut termasuk dikaki semakin pudar dengan jayanya. Wehhuu. Alhamdulillah. Sebenarnya dah lama saya cuba pelbagai produk sapuan tapi mungkin kebanyakan tak serasi dengan saya. Beli mahal-mahal, kesan zero. Membazir kan ? Dengan Vitamin E ni, Syukur sangat.. 

Dah lah murah. Tahan 4 bulan pulak tu. Jimat ke Jimat ?



Pelanggan ni dah kenali shaklee sejak 2012 lagi.. 
Masa tu saya zero about Shaklee. Alhamdulillah.

Sebenarnya ada lagi suplemen yang boleh bantu mencantikkan wajah. Iaitu Collagen Powder. Esok kita cerita yang ini pulak. Apa pon, suplemen ini hanya membantu sahaja. Selebihnya kita serahkan semula pada Yang Maha Kuasa. 

Semoga Allah Redha, 




*****

EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 

Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?

Jawapannya ada di sini.. 



*****

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!