Friday, February 21, 2014

Agar - Agar Cendol Semudah ABC :D

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalammualaikum wbt :)

Hari ini sangat busy. Tak sempat nak ngadap satu kerja lain pon. Pagi pagi dah mengemas rumah yang dah bersarang-sarang sana sini. Rumah ni nak kemas nye kemain makan masa, tapi kalau habuk, sarang-sarang, sampah-sampah nak datang kejap je. Pejam celik pejam celik dah berhabuk. Baru rasa , 'EH semalam baru kemas' ... Apa nak buat, gitu lah rutin hidup. Hekhek

Petang, selepas sembahyang Jumaat, ajak adik azim pergi teman buat kad Maybank sekejap. Ingat sekejap.. padahal... makan masa sebab terlalu ramai orang. Orang berbisnes, kita pon nak berbisnes... Maka buka lah Maybank untuk permudahkan urusan. Ameen.. 

Ha, ni tak termasuk dalam planning harini. Nak buat agar-agar cendol. Memang takda dalam plan. Agar-agar ni memang rutin bulanan saya, Selalu buat sebab ayah suka gilaaa makan agar-agar cendol. Yang paling best, agar-agar saya sememang femes memes dikalangan ahli keluarga sebab sodappp.*okayperasan* Sape datang rumah nanti saya buatkan. hihi,

Ni nak share. Cara - cara membuat Agar-Agar Cendol.

Bahan - bahan yang diperlukan :-

1. Satu serbuk agar-agar ( 10g )
2. Air 1 liter ( Lebih kurang 5 1/2 cawan air )
3. Satu cawan Gula Merah ( Gula Melaka )
4. Satu cawan Susu Sejat Cair
5. Satu cawan Gula
6. Satu cawan Cendol
7. 1 daun pandan
8. Secubit garam

CARA - CARANYA :-

Step 1 : Sediakan 2 periuk. On Api. 

Step 2 : Periuk pertama - Tuangkan 1 liter air ( Lebih kurang 5 1/2 cawan air ) + Secawan gula + Serbuk agar-agar ke dalam periuk. Bagi dia mendidih dan sebati.

Step 3 : Selepas dah sebati dan didih. Agihkan larutan kepada dua bahagian. Satu bahagian mengandungi 1/3 daripada larutan. Dan satu lagi periuk yang belum digunakan lagi tu mengandungi 2/3 dariada larutan tadi.

Faham ke Faham ?

Step 4 : FOKUS PADA LARUTAN 1/3 DAHULU. Yang 1/3 ni, panaskan balik. Masukkan satu cawan gula merah dan daun pandan (diikat ). Gaul sebati. Gaul sampai gula merah tu hancur dan larut ye..

Step 5 : Sedikan loyang yang sudah dibasahkan dengan air. ( Kenapa kena basahkan guna air ? untuk memudahkan agar - agar nak dikeluarkan nanti ) . Tuang + tapiskan larutan yang 1/3 yang sudah dicampurkan dengan gula merah tadi. Daun pandan boleh buang ye. Jangan masukkan dalam larutan. After, biarkan sebentar. Biarkan sambil buat STEP 6 sambil  itu tengok - tengok jangan sampai larutan ni keras ye.

Step 6 : FOKUS PADA LARUTAN 2/3 PULA. Yang 2/3 ni pula.. panaskan balik. Masukkan satu cawan susu cair dan secubit garam. Bila dah sebati. Tutup api. Masukkan cendol. Kacau perlahan.

Step 7 : Berbalik pada larutan yang dah dituang dalam loyang tadi ( STEP 5 ). Agak - agak dah 7/10 nak keras. Cucuk cucuk kan larutan dalam loyang tu supaya ianya boleh melekat dengan adunan yang bakal dimasukkan sebentar lagi.

Step 8 : Masukkan adunan 2/3 tadi kedalam loyang. Sejukkan. Lepastu boleh letak dalam peti ais. Makan sejuk sejuk lagi sodap !

Amaran Keras : Jangan biarkan larutan yang gula merah tu dah keras baru nak tuang larutan satu lagi tu. Nanti lapisan takkan melekat. Ia akan terpisah jiwa dan raga. Eceh. 

-SIAP-


Kalau tak faham boleh lah bertanya ye. :)

Gambar kreadit to : Masam manis.
Ni contoh agar - agar cendol kalau letak kacang merah. Kalau tak nak letak pon xpe. Kalau nak letak kacang merah senang je. Lepas masukkan semua larutan. Tabur je kacang merah tu sekali. hihi. Senangkan ?

Bahan yang digunakan :)

Ni adalah serbuk agar -agar yang saya gunakan. Make sure ambil yang ada tulis 'white' ataupon 'clear' . Sebabnya, ada banyak perisa. Ada red, yellow dan sebagainya. So, sebelum beli pastikan betul ye :)

Bahan - bahan lain senang kot nak cari ye tak ? Susu cair saya gunakan jenama Ideal :)

Cendol ? Cendol paket biasa beli kat Tesco. Kalau beli paket ni boleh buat untuk dua kali. Jimat sangat. Tapi kalau suka taksub pada cendol. Nak letak cendol banyak banyak pon boleh :)


Selamat Mencuba :)



EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 

Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

KALAU MALAS JUGA BACA, TAK DAPAT DEN NAK TOLONG.

*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
BEST PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

No comments: