Thursday, August 7, 2014

Tutorial : Cara Letak Button Like Facebook Di Blog

Assalammualaikum wbt semua :)

Harini saya ingin berkongsi satu tutorial yang boleh digunakan untuk blogger diluar sana sebagai panduan untuk letak button like Facebook di blog. Sejak jadi blogger ni, banyak perkara yang kena belajar. Mungkin ramai yang tahu dan ada yang tidak tahu cara nak letakkan button like. Jadi, saya kongsikan untuk panduan semua. Moga bermanfaat.

Button 'like' dalam blog secara tidak langsung boleh memberikan gambaran secara kasar samaada pengunjung menyukai entry anda yang ada di blog. Selain daripada itu, sedikit sebanyak ia dapat meningkatkan traffik blog anda ^^

*****
 Cara-Cara untuk meletakkan button 'like' Facebook

1. LOGIN akaun blogger seperti biasa.

2. Dari DASHBOARD > DESIGN > EDIT HTML > Expand widget templete.

2. BACKUP templete sebagai langkah berjaga-jaga. Copy ad Paste semua kod sedia ada di tempat lain sebagai langkah berjaga jaga.

3. Gunakan fungsi 'mencari' ( ctrl + F ) secara serentak, untuk mencari kod dibawah. Saya namakan ia KOD1

<data:post.body/>

4. Selepas itu, 'copy' kod dibawah ini (KOD2)  dan 'paste' di bawah kod di atas tadi.

<iframe allowTransparency='true' expr:src='&quot;http://www.facebook.com/plugins/like.php?href=&quot; + data:post.url + &quot;&amp;layout=standard&amp;show-faces=true&amp;width=530&amp;height=60&amp;action=like&amp;colorscheme=light&quot;' frameborder='0' scrolling='no' style='border:none; overflow:hidden; width:530px; height:60px'/>

Nota : Setiap blog berbeza, ada sesetengah blog ada dua KOD1 .. ada setengah macam saya ada tiga. Jadi, 'paste' kan KOD2 dibawah setiap KOD1

Contoh : Saya ada 3 KOD 1 dan saya 'paste' KOD 2 dibawah setiap KOD 1
*klik gambar untuk besarkan*




5. Akhirnya, SAVE dan VIEW blog anda. 

Sekiranya ada apa-apa masalah, boleh tinggalkan sebarang komen di bawah. Selamat Mencuba :)



EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja selepas 6 bulan berbisnes. 



Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD



*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

No comments: