Thursday, August 7, 2014

Tutorial : Reka Bentuk Hantaran Untuk Majlis Bertunang / Majlis Perkahwinan

Assalammualaikum Wbt :)

Sejak kebelakangan ini, banyak dapat kad jemputan perkahwinan. Nak hujung-hujung tahun ini ramai yang berhajat untuk mendirikan rumahtangga termasuk lah saya cumanya saya punya Majlis tidak dapat dikenalpasti lagi akan berlangsung pada Tahun bila sebabnya masih lagi mencari Mr. Right. Mukadimah yang macam menaikkan saham sendiri. Okbai.

Disebabkan itu saya terpanggil untuk berkongsi pada semua yang bakal bertunang, berkahwen atau yang ada saudara mara yang ingin melangsungkan majlis tentang beberapa idea reka bentuk hantaran. Hantaran ni kalau kita tempah kat kedai, tempah siap.. harganya jauh lebih mahal daripada buat sendiri dan kadangkala sangatlah tidak berbaloi. 

Lima bekas hantaran siap ( tanpa barang hantaran ) sahaja sudah mencecah Rm750. Haa cuba kalau nak bagi 15 hantaran.. dan cecah beribu. Sangat membazir disitu. Jadi, untuk ambil langkah penjimatan bolehlah reka bentuk hantaran itu sendiri.

***************
Anggaran bahan untuk 13 hantaran ( Harga semasa  2013-2014)
Keseluruhan : RM 600-700
Tempat membeli : Jalan Kuala Kangsar, Ipoh Perak ( Disini barang-barang jauh lebih murah dari Nilai 3 )

Bekas hantaran : 13 = Rm 5-6 setiap satu ( harga ni je yang ingat )
Manik manik dikeliling bekas, Renda, Alas hantaran, Form, Hot glue gam, Kain jarang, Bunga - bunga untuk hias dikeliling hantaran.

****************

Kos dan barang di atas saya gunakan untuk menghias bekas hantaran - hantaran dibawah. Masa ni, reka bentuk ni paling menarik sekali yang boleh buat. Menarik tak menarik mengikut mood dan tahap kreativiti pada ketika itu ;p

Tutorial 1 : CARA MEREKA BENTUK HANTARAN


Gambar yang dah siap je yang ada. Gambar sebelum siap tiada. 
Saya guna form yang petak ye ketika ni.

Langkah 1 : Ambil form, Ambil kain jarang warna biru (beli ikot tema, tema kali ni warna biru)
dan balutkan form tersebut. Kalau kain tu terlalu jarang, boleh double kan untuk lebih menyerlah.

Kain Jarang : 2 Meter cukup untuk 6 form ( saya doublekan kain ni sebab nipis )

Langkah 2 :  Ambil renda dan balut disekeliling form

TIPS : Kalau kain yang membalut form tu warna cerah, pilih renda warna pekat sedikit. begitu juga sebaliknya.


Langkah 3 : Ambil satu bunga besar (warna putih) dan dua bunga kecil sedikit saiznya ( warna biru ) dan ikat bersama. Letak bunga besar di tengah. 

Langkah 4 : Ambil reben dan buatkan bentuk 'V' seperti gambar diatas.Ambil dua warna. Jika renda anda adalah polka dot atau bercorak.. adalah dicadangkan mengambil reben yang tidak bercorak supaya tampak lebih kemas dan tidak serabut.

TIPS : Biru sesuai digabungkan dengan warna putih.. nampak sweet, warna pink pon boleh.. untuk lebih nampak gadis gadis..


Langkah 5 : Dah nak siap baru letak bekas hantaran. Manik manik ( pink ungu ) tu lilitkan sahaja disekeliling bekas hantaran putih tu. Boleh letak gam sikit sikit. Jangan banyak. Nanti nampak selekeh.

TIPS : Jika tema warna biru, digalakkan ambil salah satu warna kontra untuk mencantikkan lagi hantaran. Jadi, tiadalah semuaaaa biru. 


Tadaaaaaa ~ Hasilnya. Ramai kata hantaran kali ini namak 'sweet'. Disebabkan saya yang membuatnya. Tak jumpa pula dia mana 'sweet' nya. 


Siap ! Hanya tinggal nak letak barang / makanan diatas sahaja. Lepas tu boleh lah bawa gi meminang. hekhek

Semoga Tutorial ini bermanfaat. Selamat Mencubaaa :)
Jika ada sebarang pertanyaan boleh tinggalkan diruang komen.


*****************

CONTOH HANTARAN 


Hantaran pihak kami. Design hantaran ni sama seperti tutorial di atas cuma pemilihan warna ini adalah ungu dan putih putih pink. 

Masa ni pihak kami bagi  kain baju untuk nikah, wajik, manisan.. dalam bakul tu.. betik yang telah diukir jadi bunga. boleh makan. Ape entah namanya.

TIPS : Nak nampak lebih kemas, barang hantaran juga boleh dibalut dahulu dengan kain putih jarang. Jangan beli kain yang tebal..nanti tak nampak pula barang hantaran nye.


Ini hantaran dua dua belah pihak. Pihak kami yang sebelah kiri. Yang sana ungu, kami pun ungu. Ungu juga boleh digabungkan dengan pink. Pink cerah.


Tepak sireh wajib tu. Baru nampak tradisionalnye

***************

Gambar Tambahan : KETIKA MAJLIS BERTUNANG


Haa nampak tak betapa sibuk nya saya ketika itu. Calling sana sini, sebab ada family yang lambat. Memang kalau jalan ramai-ramai kena ada seorang yang tegas + laser sikit supaya yang lambat akan segera bertindak. Haaa cerita ni aku leteww. 

Terlihat sahaja gambar ini, maka terjawab lah persoalan di minda anda bahawasanya ini bukan gambar hantaran bertunang saya. Sebab tahu dah.. waktu mula baca mesti bermain diminda ni hantaran siapa.Kihkihkih. 



Daripada orang tanya, baik saya cerita dulu. Haa ni masa bulan September 2013. Setahun berlalu dah gambar ni. Itu sebab masih ada banner MERDEKA.  

Masa ni dah separuh September tapi bendera banner MERDEKA masih gah tergantung. Patriotik sangatt keluarga saya ni. Hakhak. Okay sebenarnya masuk pertandingan rumah Patriotik..tu sebab beria menghias. Semua banner design sendiri. Masa ni JOB memang banyak lah..sebab semua menempah banner untuk masuk tanding. 


Masa ni nak tunjukkan sifat kepimpinan. Gituhh.. Kerah yang muda muda bawa hantaran. Yang tua tak payah kerah..memang serah diri. 


Jejaka jejaka Malaya. Ni memang kena paksa bawa. Tapi rasanya mereka pon dengan pasrahnya merelakan hati.. 

Kalau perasan, bekas hantaran tu rendah kan. Jadi boleh letak diatas apa apa bekas supaya tinggi. Taknak pon takpe. Masa ni exsaited tu beria sikit.

****************

Tutorial 2 : CARA MEREKA BENTUK BAKUL HANTARAN

Ada sesetengah orang mungkin tidak suka nak guna bekas hantaran seperti diatas. Mungkin lebih berminat nak guna bakul kan ? Sebab bakul pon cantik juga. Ada nilai estetik yang tersendiri dan lagi mudah ada tangkai. 


Ini juga gambar dah siap. Sebelum siap tak sempat nak ambil gambar satu satu. 

Langkah 1 : Pergi bank, keluarkan duit, pergi kedai beli bakul, beli kain jarang, beli riben dan bunga. 

Langkah 2 : Kain jarang (biru) disekeliling raga tu.. lipat sedikit seperti gambar dan gam sedikit di sekeliling raga. Mudah kan ?

Langkah 3 : Ambil dua reben warna biru dan putih ( ikut tema masing-masing ) dan lilitkan pada tangkai bakul. Selang seli kan warna. Mula mula lilit yang biru tapi jarak jarakkan sedikit. Selepas itu baru lilit yang putih


Langkah 4 : Ambil bunga dan hiaskan disebelah kanan atau kiri. Hias sebelah je. Kalau hias dua dua belah takut nampak serabut.


Akhirnyaa..letak lah barang hantaran anda. Ini salah satu barang hantaran. hahah

Nak cerita sikit. Kucing ni suka bergaya. Suka menjilat badan ( Kucing bila dia jilat badan, tu maknanya dia sedang ber makeup atau mandikan diri ) Betina. ( Kalau dia ni manusia.. dia ni jenis yang suka makeup, suka bergaya, suka benda benda high class ) Suka menggatal pon ye jugak dia ni. 

Dulu dia suka tidur atas katil. Memang high class. Dia tak tidur kat lantai lantai ni. Nak suruh tido atas lantai kena ada karpet. Nak dudur luar jauh sekali. Usik lah macam mana pon dia tak kan bangun selagi dia rasa dia tak perlu bangun Jadi disebabkan di betina yang suka kan kecantikan. Setiap hari bakul ni menjadi tempat dia tidur baru dia. Tak payah disuruh, dia masuk sendiri dengan rela. 

Bakul ni dalam bilik taw. Jadi kalau bilik ni bertutup, dia akan me -ngiau- untuk suruh kita buka kan pintu. Haa comel kan perangai dia ni ? bantal sendiri dia ada, kalau selimutkan dia..lagi lah dia suka. Seriously annoying tapi best. Hahah

Jadi, apa lagi ? HADIAHKAN SEEKOR KUCING COMEL GEBU PADA INSAN TERSAYANG. gituhhhhh. 

****************

Sekian saja sedikit tutorial dan perkongsian saya pada kali ni. Semoga berjumpa di lain cerita. 
Semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak memberi idea pada sesiapa yang sedang ingin mereka bentuk hantaran

Moga Allah redha. 

Assalammualaikum.





EBOOK Kisah motivasi seorang ENGINEER terpaksa berhenti kerja. 



Kenapa kena BERHENTI KERJA ya?
Jawapannya ada di sini.. 

FREE DOWNLOAD



*****
Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi saya untuk:- 

FREE CONSULTATION
 and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!

No comments: